warna free counters

By: Chik Att

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Jan-2011 01:48 Email | Share | Bookmark
HOMEMADE SARDIN

Buat petang semalam ....
resepi dari ... blog CMG -http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/03/home-made-sardine.html


Bahan2nya copypaste Cik Mat punya …… pastu … begger ikut pala sendiri …

BAHAN-BAHANNYA

700 g ikan tuna - CA guna 7 ekor ikan sardin , potong dua
1/2 cawan tomato puree – CA guna 1 tin yang kecil tu ….
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih* - boh 4 ulas
80 g bawang merah* – boh 5 ulas + 1 labu bawang besar
20 g halia*(dikisar halus) – seruas ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air – 2 cawan


CARA MEMBUATNYA

Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

OTTER LAGI ……

CA guna step 1 hingga 3 ja … sebab CA pakai Presure cooker letrik …. setkan 75minit @ 1jam 15 minit .

Alhamdulillah menjadi ……. suka betul …..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net